*****
Suatu hari pernah ku dengar sebuah bintang berbicara pada bulan "Aku tidak ingin lagi menemanimu mulai malam ini dan seterusnya" katanya.
"Kenapa?" tanya bulan. "Padahal aku menyukaimu, aku menyukai malam-malam dimana kau ada dan menemani ku hingga fajar menjelang" tetapi bintang itu hanya diam meredup dan bersembunyi di balik mega. Justeru kerana bulan menyukainya maka bintang itu menghilang. Aku mengetahui hal itu kerana sebuah bintang lain yang merupakan teman karibnya memberitahu padaku.
Cinta memang aneh, bukankan ia seharusnya mempersatukan? Bintang itu mencintai bulan. Tetapi bulan tidak mencintainya, ia hanya 'menyukainya'. Siapa pula yang membeza-bezakan cinta dengan suka? Kenapa bulan tidak membencinya saja, malah bulan menyukainya sebingga bintang tidak mempunyai alasan untuk tidak menemaninya malam nanti. Bintang yang sinarnya paling terang adalah bintang yang berwarna biru.
Bintang yang sedang kuceritakan hanyalah sebuah bintang kecil yang berwarna merah. Kerana itu ia tidak pernah dapat mengumpulkan keberanian untuk berkata pada bulan tentang rasa yang dipendamnya itu. Bulan sendiri tidak pernah menganggap bintang sebagai lebih dari sahabat yang selalu menemaninya setiap malam, dan sesungguhnya bintang mengetahui akan hal itu.
"Aku mencintai matahari" kata bulan. "Ia dapat membuatku bersinar indah diwaktu malam. Ia membuatku selalu ditunggu oleh para pencinta malam. Ia membuatku selalu dinanti oleh para pujangga yang menulis berbait-bait puisi tentang cinta hanya dengan melihat diriku di langit malam. Anak-anak kecil menunggu kehadiranku agar dapat bermain-main dilapangan di tengah kampung.
Bintang tidak pernah habis berfikir kenapa bulan mencintai matahari, bulan bahkan hampir tidak pernah bertemu dengan matahari dan ketika mereka bertemu pun, bulan akan kehilangan sinarnya.
Kita menyebutnya gerhana matahari. Matahari tidak pernah memikirkan bulan, ia hanya bersinaran dan memberikan sinarnya tanpa membeza-bezakan. Ia bahkan tidak mengetahui kalau sinarnya dimanfaatkan oleh bulan untuk bersinar dimalam hari. Ia hanya menganggap bulan sebagai benda yang kadang-kadang menghalangnya memberi sinar kepada bumi.
Mungkin matahari mencintai bumi, aku tidak tahu kerana aku tidak pernah bercakap-cakap dengan matahari dan bumi tidak pernah bercerita tentang ini, sejujurnya aku tidak terlalu peduli.
Bintang berasa keadilan tidak berpihak kepadanya. Kenapa bulan mencintai matahari yang bahkan tidak pernah memikirkan bulan, dan bukan mencintai bintang yang mencintai bulan dengan sepenuh hatinya? Bintang juga berasa tidak berdaya kerana walaupun ia ingin memberikan seluruh sinarnya kepada bulan agar sentiasa berkilauan, bintang tidak dapat melakukannya kerana jaraknya yang sangat jauh.
Matahari juga adalah bintang, bintang merah yang sama sepertinya dirinya. Kerana letaknya lah matahari dapat terlihat lebih terang daripada bintang. Tapi bintang bukan matahari, kerana itu bulan tidak mencintai bintang.
Cinta memang aneh. Kerana itu sekali lagi bintang berkata, kali ini kepada semua teman-temannya, "Aku tidak ingin lagi menemani bulan mulai malam ini" kemudian ia menghilang (tidak hanya meredup dan bersembunyi di balik mega) dan tidak pernah lagi menemani bulan.
Aku akan memberitahu sebuah rahsia sekarang, Bintang itu adalah manusia. Ia menghilang lalu turun ke bumi. Dan betapa pun bintang itu tidak ingin lagi menemani bulan, walau ada masanya bintang itu sangat merindukan bulan.
Dan bintang itu akan menatap bulan dan mendengarkan percakapan semesta, sambil berharap suatu hari nanti bulan akan dapat mencintai bintang. Jika hari itu tiba, bintang itu akan terbang ke langit dan kembali menjadi bintang yang selalu menemani bulan
*****
P/S: mungkin juga bulan mencintai lampu jalan? entah siapa tahu


kenapa kiut sangat ~
ReplyDeleteapa yang kiut?
ReplyDelete