hati ingin meluah rasa.
berkongsi cerita.
k stop.
Ramadhan datang lagi
mungkin ada yang pernah baca, pernah dengar aku bercerita.
tentang dia. seorang insan bergelar sahabat.
ukhuwah terjalin secara tak sengaja.
sebab dia perantara di antara aku dengan adik dia
masih ingat pada ayatnya
" betul ke mahu kawan dengan is?"
dah lama, baru tahu kenapa dia lontarkan soalan yang begitu.
"rindu ramadhan, rindu nak jadi imam tarawih"
banyak kali baca dia tweet macam ni, dia cerita pengalaman dia.
dia kata dia takut sangat tak sempat sampai untuk ramadhan yang seterusnya
dan ya, dia tak sempat sampai.
Jumaat itu dia pergi.
dan Jumaat sebelum tu umi nya pergi.
masih ingat lagi, perbualan terakhir.
" hang ni buat cek teringat kat arwah umi cek ja"
" maaflah, cek pun teringat kat arwah ibu cek, sebabtu tweet lagu ni"
" ohh, hang pun dah takda ibu? adik beradik berapa? "
" haah, lama dah, tak rasa apa dah. 2 orang ja "
dia pernah kata dia terkilan takdapat nak imam kan solat jenazah uminya
sebab dia tiada di Malaysia
dan malam tu juga aku tahu tentang penyakit yang dia hidapi.
ingat nak tanya malam tu,
tapi dia kata dia tak berapa sihat.
dia offline awal.
dan esoknya, dia tiada.
semoga bahagia dia sana, arwah Is :)
ramadhan yang dia tunggu-tunggu dah sampai,
tapi dia tak sempat sampai.
mana tahu aku, kau mahu siapa pun
tak sempat sampai untuk ramadhan seterusnya,
atau tak sempat nak habiskan ramadhan kali ni?
siapa tahu, hanya Dia.
No comments :
Post a Comment