Ada dua jenis manusia dekat dunia ni.
Satu, manusia yang dianggap baik oleh semua mata yang memandang. Manusia ini dikatakan menjaga hati manusia lain. Tapi sebenarnya manusia jenis ni tak lebih dari seorang pengecut yang hanya mampu menceritakan perihal seseorang, kepada orang lain. Dia dilabel sebagai manusia yang berhati mulia dan diibaratkan bidadari, kerana (kononnya) menjaga hati orang lain. Tak sedar dalam dia menjaga hati orang tu, dia juga telah menjadi seorang pengkhianat. Tapi dia tetap dikatakan baik.
Dua, manusia yang dianggap jahat, sial, dan sebagainya oleh semua mata yang memandang. Manusia ini dikatakan mementingkan diri sendiri, kerana dia memilih untuk menjadi jujur. Kejujuran manusia ini telah dikatakan sebagai sebuah racun yang akan menyakitkan atau mungkin membunuh perasaan manusia lain. Dia rela dirinya dilabel sebagai manusia yang tidak memikirkan perasaan orang lain, sedangkan dia hanya berlaku jujur dan ingin memperbetulkan keadaan. Tapi dia tetap dikatakan jahat.
Ada manusia yang hipokrit, ada manusia yang jujur.
But at the end of the day, everyone betrays everyone.
Sebab yang jujur dah penat menjadi jujur. Yang hipokrit tak pernah belajar erti kejujuran.
No comments :
Post a Comment